
FLY KENYALANG FLY HIGH


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADAWAN
Berdisiplin, Berusaha, Berdikari....


.png)

VISI KPM
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
MISI SEKOLAH
Melestarikan Kecemerlangan SMK Padawan
SEJARAH SEKOLAH
Pada pertengahan tahun 1983, satu perjumpaan di antara pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Bahagian dan USKUP Agung Kuching telah diadakan mengenai pinjaman tapak SRB St. Michael, Tiang Bukap sebagai tapak sementara SMK Padawan. Perbincangan tersebut berhasil dan SMK Padawan menerima kumpulan pelajar yang pertama pada 4hb Januari 1984.
SMK Padawan mula beroperasi dengan hanya 8 orang guru, 9 orang kakitangan sokongan dan 179 orang pelajar. Kemudahan fizikal hanya terdiri daripada satu blok pejabat, satu blok kelas yang mengandungi lima buah bilik darjah, dua buah asrama lelaki dan dua buah asrama perempuan. Pada tahun 1985, satu blok baru telah dibina secara gotong-royong untuk menampung lima buah kelas Tingkatan 1. Pertambahan bilangan pelajar menyebabkan dua buah asrama lagi dibina iaitu sebuah untuk pelajar lelaki dan sebuah lagi untuk pelajar perempuan.
SMK Padawan memulakan sistem persekolahan dua sesi pada tahun 1986. Namun begitu, bangunan yang sedia ada tidak mampu menampung pelajar yang kian bertambah.
Pada tahun 1986, satu tapak baru (tapak sekarang) telah diratakan untuk pembinaan bangunan baru. Pembinaan bangunban bermula pada tahun 1987 tetapi pada akhir 1988 pembinaannya tergendala disebabkan kontraktor berkenaan menghadapi masalah. Pembinaan itu disambung semula pada tahun 1989 tetapi kontraktor yang kedua juga gagal menyiapkannya. Sekolah hanya disiapkan pada tahun 1992 oleh kontraktor yang ketiga dan mula digunakan pada Mei 1992.
Senarai Pengetua-Pengetua Yang Pernah Berkhidmat Di SMK PADAWAN
Pengetua-Pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini
1 Encik Johnny Bihud Apok
(04. April. 1984 - 31. Disember. 1987)
2 Encik Wong Tou Siang
(01. Januari. 1988 - 31. Ogos. 1993
3 Encik Su Hiong Ai
(01. September. 1993 - 30. April. 1996)
4 Encik Babu Swen
(01. Mei. 1996 - 04. Januari. 1998)
5 Encik Peter Foo Chee Hui
(04. Januari. 1998 - 11. Julai. 2000)
6 Encik Thomas Lau Ing Ngan
(11. Julai. 2000 - 01. November. 2005)
7 Encik Jamit Anak Ajok
(01. Januari. 2006 - 15. Febuari. 2008)
8 Encik Henry Chai Yan Fui
(16. Febuari. 2008 - 29.November.2017)
​
9 En.Roger Anak Peter
(01.Disember.2017 - Disember 2020
​
10. En. Irie Anak Ambau
(18.Mei.2021 - Sekarang)